Tuesday, August 17, 2010

lawak antarabangsa

Come across this email content today.. so funny..enjoys!

Rumput dan Kuda


Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.

Cikgu : Lukisan apa yang kau lukis ni, Abu? Kosong aje?

Murid : Kuda makan rumput, cikgu!

Cikgu : Rumputnya mana?

Murid : Sudah habis dimakan kuda, cikgu!

Cikgu : Habis tu, kudanya mana?

Murid : Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih kat situ?

Pengemis Gila

Pengemis : Pak Cik! Kasihanilah saya, saya orang bisu.

Bapak : La? Orang bisu takkan boleh bercakap pulak?

Pengemis : Eh, salah! Orang pekak, Pak Cik!

Bapak : Takkan boleh mendengar?

Pengemis : Eh, bukan! Orang buta, Pak Cik!

Bapak : Takde duit! (Sambil membuka dompet)

Pengemis : Tu ada tiga ratus!

Bapak : Katanya buta, takkan boleh melihat?

Pengemis : Salah lagi! Saya orang gila, Pak Cik!

Demam Malaysian Idol

Di sebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan...

Kadi : Hassan...

Pengantin Lelaki : Saya, ustaz...

Kadi : Dengar baik-baik ya, Hassan... Aku nikahkan dikau dengan si Pondan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunai...

Pengantin Lelaki : Aku terima nikahnya si Pondan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunai...

Kadi : Sah? (ditanya kpd saksi pertama)

Saksi Pertama : Sah

Kadi : Sah? (ditanya kpd saksi kedua)

Saksi Kedua : Sah

Kadi : Sah? (ditanya kpd saksi ketiga)

Saksi Ketiga : Errrr... Lontaran suara awak tidak jelas... Saya tak dengar apa yang awak cakap... Pitching berterabur ke laut... Jiwa awak kosong... Takde feel... Low note tak sampai, high note takde kawalan... Sepatutnya ditahan... Falseto lemah...
P/S: Kini semuanya ingin menjadi pengkritik...

Wanita dan Pak Cik Tua

Seorang wanita sedang berjalan menuju ke arah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya. Setelah tiba, wanita itu berkata, "Saya tengok pakcik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan pakcik panjang umur dan sentiasa ceria?"

"Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam", kata lelaki itu.
"Wah! Hebatnya pakcik!", kata wanita itu. "Berapa usia pakcik sekarang?
"Dua puluh empat."

Isteri Tersayang

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya. Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan e-mail tersebut telah dihantar.

Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat ucapan takziah daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:
To : Isteri kesayanganku

Date : 16 Mei 2007
Subject : Abang telah selamat sampai
Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah disediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.


Teliti

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat. Mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan.

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sangat penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.
"Pertama, kamu semua tidak boleh berasa jijik melihat mayat", katanya. Sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula, dan menjilat jarinya itu.
"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.
Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata...

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi... Saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk..."
SEKARANG... TUMPUKAN PERHATIAN!!! FAHAM???
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hope you guys enjoy this.. i am also boring to the maximum today....

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails